11. Jika Allah Jemput Hari Ini, Adakah Kita Sudah Bersedia?

TARBIYAH ROHANI FASA 3  ( 1 )

Bila Allah sentuh hati → betulkan niat → segera ambil Tindakan

Adakah Anda Pembaca Yang Perlu Sentuhan Emosi Dan Tarbiyah Jiwa

Pernahkah kita berhenti seketika dan bertanya kepada diri sendiri: Jika Allah jemput aku hari ini, 24. Jika Ini Umrah Terakhir Anda, Adakah Anda Puas Dengan Pilihan Ini?adakah aku benar-benar bersedia?”
Soalan ini bukan untuk menakutkan, tetapi untuk menyedarkan. Kerana hakikatnya, jemputan Allah tidak pernah datang dengan notis awal.

Kita sering menangguhkan taubat dengan alasan “nanti”, menangguhkan amal dengan alasan “belum sempat”, dan menangguhkan perjalanan kembali kepada Allah kerana sibuk mengejar dunia. Sedangkan setiap hari kematian semakin mendekat, umur makin tambah dan hanya satu perkara yang akan dibawa bersama mati iaitu iman dan amal.

Bersedia Bukan Bermaksud Sempurna

Ramai menyangka “bersedia” bertemu Allah akan terjadi apabila kita perlu menjadi insan yang sempurna. Hakikatnya tidak. Bersedia bermaksud sedar kelemahan diri dan berusaha kembali dengan rendah diri.

Allah tidak menilai kesempurnaan kita tetapi kejujuran hati yang ingin berubah. Dalam kesibukan hidup ada hati yang semakin kosong. Solat masih ditunaikan, kerja berjalan seperti biasa, tetapi jiwa terasa jauh pergi entah ke mana. Bila kita akur kaki kita sebenarnya semakin rapat ke sejadah, suka ambil wuduk dan kerap baca kitab. Jari asyik dengan tasbih. Ke mana-mana jalan tunduk kepala. Inilah tanda hati perlukan sentuhan bukan hiburan, tetapi sentuhan hubungan yang lebih dekat dengan Allah.

Mengapa Tanah Haram Menyentuh Hati?

Tidak semua orang yang ke Mekah dan Madinah pergi dengan niat yang sama. Ada yang pergi kerana trend, ada yang ikut keluarga dan ada yang benar-benar pergi kerana rindu kepada Allah. Nawaitunya pergi kerana Allah Pencipta kita.

Namun ramai jemaah mengakui, saat kaki melangkah ke Tanah Haram hati menjadi lembut. Doa terasa dekat. Air mata jatuh tanpa dipaksa. Di situlah ramai tersedar, “Selama ini aku hidup terlalu jauh. Sedangkan Allah sedekat ini kepadaku”

Umrah bukan sekadar ibadah fizikal. Ia adalah perjalanan jiwa. Di hadapan Kaabah segala topeng dunia tertanggal. Pangkat, harta dan status tidak lagi bermakna. Yang tinggal hanyalah seorang hamba yang mengharap keampunan TuhanNya demi sebuah harapan agar berjaya kembali ke sisiNya ditempatkan dalam syurga abadi.

Masjid Nabawi Madinah

Jika Hari Ini Jemputan Itu Datang…

Jika hari ini Allah menjemput kita.2. Cara Memilih Pakej Umrah Yang Selamat & Dipercayai di Malaysia

Apakah bekalan kita mencukupi?
Adakah kita sudah memohon maaf?
Adakah kita sudah memaafkan?
Adakah kita sudah kembali atau masih menangguhkan?

Kadangkala Allah tidak terus memberi apa yang kita minta bukan kerana Dia tidak sayang, tetapi kerana Dia mahu kita datang kepadaNya terlebih dahulu. Ada doa yang hanya terbuka di hadapan Kaabah. Ada hati yang hanya sembuh di Tanah Haram. Ada dosa yang terhapus dan diangkat digantikan dengan pahala berganda-ganda.

Umrah Sebagai Titik Kembali

Umrah bukan jaminan syurga tetapi ia sering menjadi titik mula perubahan. Ramai yang pulang dengan solat yang lebih terjaga, hati yang lebih tenang dan hidup yang lebih bermakna.

Jika hati anda sedang mencari arah mungkin inilah masanya untuk berhenti seketika dan bertanya dengan jujur kepada hati anda sendiri :
“Adakah aku sudah bersedia… atau masih mahu menangguhkan?”

Kerana jemputan Allah itu pasti tiba.
Persoalannya cuma satu kita bersedia atau tidak. Atau kita tangguhkan.

Lebih dahsyat pula, tergamak, berapa kali kita sudah tangguhkan.

Mungkin Ini Jemputan Allah Untuk Anda

Jika hati anda terasa tersentuh ketika membaca artikel ini jangan abaikan rasa itu.
Kadangkala Allah tidak memanggil kita melalui mimpi tetapi melalui getaran di dalam hati.

Mungkin selama ini anda berkata,

“Belum masanya lagi…”
“Tunggu lapang sikit…”
“Tunggu cukup duit…”

“Tunggu anak besar…”

“Belum beli kereta…”

“Anak sedang belajar universiti…”

“Bulan depan nak ke Thai…”

 

Tetapi bagaimana jika kita putuskan hari ini sebenarnya adalah masa terbaik untuk kembali?

Kalau tidak bila lagi?

Umrah bukan tentang bila kita sempurna, tetapi adalah keberanian untuk menyahut jemputan Allah.

 

PENUTUP

Adakah Hati Anda Sedang Mencari Jawapan

Atau jawapan ada tapi anda yang belum bersedia membuat keputusan hari ini.
Dan itu tidakkah anda tangguhkan. Jadi mengapa.

Tetapi jika ketika membaca tadi ada satu rasa yang sukar dijelaskan …rasa rindu, rasa tenang, atau rasa ingin kembali tetapi tak ditemui di mana jalan pulang, anda jangan buntu.

👉 Jangan pendamkan sendiri.

Kadangkala kita hanya perlukan seseorang untuk mendengar
bukan untuk memaksa tetapi untuk menemani.

👉 Jika anda ingin bertanya secara santai tentang Umrah,
atau sekadar mahu tahu bagaimana langkah pertama boleh bermula,
kami sedia berkongsi dengan penuh hormat dan amanah.

Tiada paksaan.
Tiada janji palsu.

Hanya ruang kecil untuk anda mendekat…
setapak demi setapak, kembali kepada Allah

 

👉Mengapa Belum Terbuka
https://wa.link/dhnrjh

atau scan QR Code

 

Jika hari ini Allah menjemput kita,24. Jika Ini Umrah Terakhir Anda, Adakah Anda Puas Dengan Pilihan Ini?

Mulakanlah dengan satu langkah,

Mungkin langkah kecil ini…
adalah langkah pertama anda kembali kepada Allah
.

 

 

 

About Redaksi Bimbingan Umrah

Lizah merupakan seorang pelapis mutawwifah dan agen pemasaran Haji & Umrah yang berpengalaman. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), beliau menemui minat mendalam dalam bidang Haji dan Umrah. Satu perjalanan kerjaya yang lahir daripada keinginan untuk berkhidmat kepada tetamu Allah. Beliau menjalani latihan intensif selama tiga bulan dalam bidang pengajian Haji dan Umrah seterusnya berkhidmat dengan Agensi Umrah T di selatan tanahair. Lizah juga telah mengikuti Kursus Program Training of Trainers (TTT) di Tanah Suci, dibimbing oleh Mursyid Ustaz Abdullah dan Mursyidah Ustazah Masriah yang memperkukuh kefahaman beliau dari sudut praktikal, sirah dan pengurusan jemaah. Melalui penulisan blog ini, Lizah berkongsi ilmu, pengalaman lapangan dan panduan praktikal bagi membantu bakal jemaah memahami perjalanan Umrah secara lebih jelas, dan berhemah. Bersedia bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi juga perjalanan rohani (jiwa) untuk kembali kepada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *