6. Kenapa Ramai Jemaah Menyesal : Tangguh Umrah Walaupun Mampu

TARBIYAH ROHANI FASA 2  ( 1 )

Bila Pembaca Bina Kepercayaan Sudah Sedar Sekarang Mereka Yakinkan Hati

Kisah Benar Jemaah Umrah

 

Kenapa Ramai Jemaah Menyesal apabila mereka hanya menyedari nilai Umrah selepas mereka sampai ke Tanah Suci.
Bukan kerana Umrah itu mahal, tetapi kerana mereka menangguh terlalu lama walaupun sebenarnya mampu.

Ayat yang sering diucapkan:

Kalaulah saya pergi lebih awal kenapa dulu saya tangguh umrah, menyesalnya saya lama tangguhkan umrah

Persoalannya, kenapa ramai orang menangguh Umrah sedangkan peluang itu ada?

Antara sebab utama ramai jemaah terus menangguhkan niat ke Tanah Suci ialah kerana kurang jelas tentang kos Umrah sebenar yang termasuk dan tidak termasuk, selain terlalu fokus kepada perbandingan harga murah berbanding nilai sebenar pakej Umrah. Hakikatnya, ketakutan terhadap perjalanan yang dirasakan panjang dan memenatkan, terutamanya bagi mereka yang tidak tahan penerbangan panjang tanpa henti, sering menjadi alasan, sedangkan banyak pilihan perjalanan kini lebih selesa dan terancang.

  1. Merasa Belum Layak Pergi Umrah

Antara sebab paling biasa orang menangguh Umrah ialah perasaan belum cukup baik.
Merasa diri masih banyak dosa, iman belum kuat atau hidup belum teratur.

Hakikatnya, Umrah bukan untuk orang sempurna, tetapi untuk orang yang mahukan jiwanya kembali kepada Allah.

Ramai jemaah Umrah kali pertama mengaku:

Mereka berubah selepas  balik Umrah, bukan sebelum.

Jika menunggu diri menjadi baik sepenuhnya, kita mungkin tidak akan melangkah langsung ke Baitullahilharam.

 

  1. Menunggu Masa Sesuai Yang Tak Pernah Datang

“Bila masa sesuai pergi Umrah?”
Soalan ini sering bermain di fikiran ramai orang.

Ada yang menunggu:

  • simpanan lebih banyak
  • anak membesar
  • kerja stabil
  • hutang habis
  • masa lapang
  • dah tua
  • dah keliling dunia

Namun tanpa sedar, umur terus berjalan.

Ramai Jemaah Akhirnya Menyesal kerana:

  • pergi ketika kesihatan sudah terhad
  • pergi ketika ibu bapa sudah tiada
  • pergi ketika tenaga tidak sekuat dulu
  • pergi ketika anak tidak bersama mereka
  • pergi ketika kenaikan harga berlipat ganda

Sedangkan peluang itu pernah ada lebih awal.

 

  1. Takut Kehilangan Wang, Tapi Tak Takut Kehilangan Peluang

Ironinya, orang yang menangguh Umrah kerana wang adalah orang yang sering membelanjakan ribuan ringgit untuk perkara yang tidak memberi ketenangan jiwa.

Sedangkan kos Umrah sebenar boleh dirancang, disimpan dan diurus dengan berperingkat. Allah hendak menguji sejak belum sampai Tanah Suci. Manusia itu yang selalu lupa. Sebenarnya Allah mahu kita simpan kecil tetapi istiqamah kerana selebihnya Allah yang akan mencukupkan wang kita. Benar, Allah Maha Kaya jadi kita mintalah dengan Allah.

Ramai jemaah berkata:

“Selepas Umrah, rezeki jadi lebih lapang dan hidup lebih tersusun.”

Kerana apabila kita tak pergi umrah hutang kita dengan Allah selesai. Tinggal nak tunggu haji selepas balik Umrah. Haji nak kena ada dapat kuota. Mungkin cepat mungkin lambat jadi jangan tunggu tunai Haji baru nak selesai hutang dengan Allah. Hutang kita ialah kena sahut seruan Allah iaitu dalam Al-Quran jelas disebutkan dalam Surah Ibrahim, Surah Albaqarah dan Surah AlHajj. Seruan Allah supaya Solat, Puasa, Zakat semua itu setiap hari kita tunaikan dan kita tiada apa-apa hutang jika sempurna semuanya. Bagaimanapun dah bayar hutang umrah tetap kena simpan lagi untuk haji sampailah dapat kuota.

Selagi tak bayar hutang selagi itu hidup tak tenang. Pernah bayangkan hutang dengan Along. Seperti itulah kita pinjam dengan Allah segala macam kepentingan hidup di dunia. Tapi ingat tak nak bayar. Ingat tak bila nak bayar. Allah bayar cash di mana.

 

  1. Menunggu Jemputan Tanpa Langkah

Benar, Umrah adalah panggilan Allah.
Namun panggilan itu biasanya datang selepas langkah pertama dibuat  bermula niat, usaha dan keputusan.

Allah tidak menunggu kita sempurna.
Allah hanya menunggu kita mahu datang.

Allah permudahkan urusan dengan doa, hajat suci dan harapan agar termakbul cita-cita untuk melihat Kaabah depan mata.

 

  1. Penyesalan Yang Selalu Datang Terlambat

Ramai jemaah mengakui:

“Kalaulah saya tahu Umrah boleh menenangkan jiwa begini, saya tak akan tangguh.”

Penyesalan itu bukan kerana penat atau wang, tetapi kerana keindahan yang mereka lepaskan terlalu lama.

Rasa mendalam melihat Kaabah depan mata apatah lagi dapat peluang sentuh kelambu Kaabah, solat depan Kaabah dan pusing tawaf keliling Kaabah.

Tak sedar air mata menitis basah dan laju berjatuhan di pipi mengenang kesalahan dan dosa kita lakukan selama ini. Kesalahan kita tapi dapat peluang minta ampun. Caranya dengan pergi ke Tanah Suci di sana , berjuanglah apa cara sampai dapat pergi.

 

Renungan

Jika hari ini:

  • anda sihat
  • anda mampu
  • anda sedang mencari makna hidup

Mungkin ini bukan kebetulan. Tapi yang sihat akan sakit. Yang mampu akan miskin. Yang rasa dah ada kehilangan nanti dia inilah yang akan mendapat kekuatan. Allah beri dan Allah juga akan ambil. Tapi jika kita ingat dengan Allah , Allah lagi akan ingat dengan kita. Lagi kita syukuri lagi Allah akan tambah paada kita. Lagi kita rayu lagi Allah akan kasih pada kita.

 

PENUTUP

👉 Jika anda sedang mempertimbangkan Umrah kali pertama dan mahu tahu:

  • bila masa sesuai pergi Umrah
  • anggaran kos Umrah sebenar
  • cara daftar Umrah dengan tenang & selamat

👉  Konsultasi  tanpa paksaan.

👉 Tak Nak Nyesal Tangguh Umrah
https://wa.link/dhnrjh

atau scan QR Code

Kadang-kadang, satu keputusan kecil hari ini menentukan ketenangan seumur hidup kerana Ramai Jemaah Menyesal.

About Redaksi Bimbingan Umrah

Lizah merupakan seorang pelapis mutawwifah dan agen pemasaran Haji & Umrah yang berpengalaman. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), beliau menemui minat mendalam dalam bidang Haji dan Umrah. Satu perjalanan kerjaya yang lahir daripada keinginan untuk berkhidmat kepada tetamu Allah. Beliau menjalani latihan intensif selama tiga bulan dalam bidang pengajian Haji dan Umrah seterusnya berkhidmat dengan Agensi Umrah T di selatan tanahair. Lizah juga telah mengikuti Kursus Program Training of Trainers (TTT) di Tanah Suci, dibimbing oleh Mursyid Ustaz Abdullah dan Mursyidah Ustazah Masriah yang memperkukuh kefahaman beliau dari sudut praktikal, sirah dan pengurusan jemaah. Melalui penulisan blog ini, Lizah berkongsi ilmu, pengalaman lapangan dan panduan praktikal bagi membantu bakal jemaah memahami perjalanan Umrah secara lebih jelas, dan berhemah. Bersedia bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi juga perjalanan rohani (jiwa) untuk kembali kepada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *