7. Tanda Allah Jemput Umrah Bukan Soal Kaya, Tapi Soal Panggilan, Ini Tanda-tandanya

TARBIYAH ROHANI FASA 2  ( 2 )

Bila Pembaca Bina Kepercayaan Sudah Sedar Sekarang Mereka Yakinkan Hati

Kisah Benar Jemaah Umrah

 

Ramai orang sangka Umrah hanya untuk mereka yang kaya dan berduit besar.
Hakikatnya, ramai jemaah yang akhirnya sampai ke Tanah Suci bukan kerana mereka kaya, tetapi kerana mereka menjawab panggilan Allah.

Jika Umrah bergantung pada harta semata-mata tentu yang pergi hanyalah golongan tertentu.
Namun realitinya guru, peniaga kecil, pekerja biasa dan pasangan muda juga sampai ke Mekah.

Persoalannya apakah tanda-tanda Allah sedang memanggil kita untuk Umrah? Apa Tanda Allah Jemput Umrah?17. Tak cukup simpanan besar untuk Umrah? Ketahui cara realistik ke Mekah dalam 6–12 bulan dengan perancangan jujur dan bajet mampu milik. Kerana Umrah bukan soal kaya tetapi soal panggilan daripada Allah. Perbincangan ini untuk kita hendak kenal tanda-tandanya.

  1. Hati Tergerak Tanpa Sebab Yang Jelas

Salah satu tanda paling awal panggilan Umrah ialah hati yang tiba-tiba tergerak.
Mungkin ketika melihat gambar Kaabah, mendengar azan atau membaca kisah jemaah lain.

Air mata menitis dan timbul keinginan TANPA dirancang.

“Ya Allah aku rindu nak ke sana.”

Perasaan ini bukan kebetulan tetapi sentuhan halus yang datang dari Allah.

 

  1. Umrah Sering Muncul Dalam Kehidupan Seharian

Apabila Allah memanggil imbasan tentang Umrah mula muncul berulang kali. Di kotak kepala dan mata tidak akan lari :

  • iklan Umrah di media sosial
  • perbualan rakan tentang Mekah
  • artikel atau video berkaitan Umrah
  • gambar Kaabah, Mekah dan Madinah
  • sering teringat kiblat
  • suka Al-Quran dan mula membacanya

Walaupun tidak dicari tetapi topik Umrah seolah-olah semakin mengejar perhatian kita.

Ini antara tanda bahawa Allah sedang membuka jalan dan fikiran. Tanda Allah Jemput Umrah ini setiap hari akan semakin besar dan semakin banyak. Lebih-lebih lagi kalau jiwa kita bersih kepada Allah sahaja.

  1. Rasa Tidak Tenang Dengan Kehidupan Dunia

Ramai jemaah Umrah kali pertama mengaku sebelum berangkat mereka merasa:

  • hidup cukup tetapi hati kosong
  • kerja berjalan tetapi jiwa penat
  • rezeki ada tetapi tiada ketenangan
  • rumah besar tetapi rasa hambar
  • kawan-kawan bergurau tetapi rasa bosan

Kita mula mencari sesuatu yang sering kita lupakan iaitu tempat yang damai. Keadaan ini sering menjadi isyarat bahawa jiwa sedang merintih sakit dan memerlukan pengisian rohani.

Dan Umrah adalah antara jalan penyembuhan yang Allah sediakan. Diam-diam kita semakin rajin baca kitab, mula dengar laungan azan itu rasanya lebih syahdu, mula nampak masjid lebih indah, dengar ceramah agama sambil memandu kereta dan memilih kawan yang rajin solat.

  1. Rezeki Mula Datang Dari Arah Tak Disangka

Apabila niat Umrah mula disimpan, ramai jemaah berkongsi pengalaman positif:

  • hutang dipermudahkan
  • bonus atau rezeki kecil muncul
  • urusan menjadi lebih lancar
  • boss lebih sayang
  • rasa siang yang panjang
  • bila malam terjaga pukul 2 pagi
  • indahnya matahari terbit

Bukan kerana Umrah sudah pergi tetapi kerana niat sudah dibuat.

Allah membuka jalan selepas hambaNya melangkah ke satu langkah yang memenuhi undanganNya. Allah pilih hambaNya yang Dia suka untuk jadi tetamuNya. Hanya Dia yang tahu rahasia siapa yang Dia pilih dan macammana jalan kita ke sana pun Allah yang tentukan. Itu tanda Allah rindu kita Allah sayang kita Allah panggil jemput kita.

 

  1. Rasa Takut Kehilangan Peluang

Tanda panggilan yang kuat ialah rasa takut jika terlepas peluang.
Takut menangguh. Takut tidak sempat. Takut hati menjadi keras semula. Takut murka Allah jika tidak sahut panggilanNya.

Perasaan ini sering mendorong seseorang untuk:

  • bertanya pakej Umrah
  • mula menyimpan
  • mencari bimbingan yang dipercayai
  • mula asyik skrol tentang Tanah Suci, Kaabah dan Umrah
  • tak jemu tengok kapal terbang
  • cari kawan yang pernah Umrah
  • tanya perkongsian pengalaman dengan kawan yang dah Umrah

 

Renungan

Jika anda membaca artikel ini dan terasa:

  • hati sedang disentuh
  • jiwa sedang dipanggil
  • fikiran asyik kembali kepada Mekah
  • tak sudah rindukan Allah
  • tak cukup ibadah
  • rindukan bumi Anbiya

Mungkin ini bukan kebetulan tapi Tanda Allah Jemput Umrah 16. Berapa Sebenarnya Kos Umrah? Ini Pecahan Sebenar Kos Umrah Yang Telus & Jujurtelah datang dan kita kena tunaikan jemputan Allah dengan seberapa segera. Usah kita tangguh lama-lama takut Allah murka jika kita lambat-lambatkan. Ikutilah contoh perangai Nabi Ibrahim a.s apabila disuruh dengan Allah segera dilaksanakan dengan tidak bertangguh masa.

 

PENUTUP

👉 Jika anda merasakan panggilan Umrah itu sedang hadir, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

👉 Klik WhatsApp kami untuk berbincang secara peribadi tentang:

  • Umrah yang istimewa
  • perancangan kos Umrah yang realistik
  • langkah selamat dan terancang ke Tanah Suci
  • pakej yang terbaik

👉 WhatsApp, klik link kami di sini
https://wa.link/dhnrjh

atau scan QR Code

Konsultasi ini percuma , tanpa paksaan kerana Umrah bermula dengan niat bukan tekanan.

About Redaksi Bimbingan Umrah

Lizah merupakan seorang pelapis mutawwifah dan agen pemasaran Haji & Umrah yang berpengalaman. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), beliau menemui minat mendalam dalam bidang Haji dan Umrah. Satu perjalanan kerjaya yang lahir daripada keinginan untuk berkhidmat kepada tetamu Allah. Beliau menjalani latihan intensif selama tiga bulan dalam bidang pengajian Haji dan Umrah seterusnya berkhidmat dengan Agensi Umrah T di selatan tanahair. Lizah juga telah mengikuti Kursus Program Training of Trainers (TTT) di Tanah Suci, dibimbing oleh Mursyid Ustaz Abdullah dan Mursyidah Ustazah Masriah yang memperkukuh kefahaman beliau dari sudut praktikal, sirah dan pengurusan jemaah. Melalui penulisan blog ini, Lizah berkongsi ilmu, pengalaman lapangan dan panduan praktikal bagi membantu bakal jemaah memahami perjalanan Umrah secara lebih jelas, dan berhemah. Bersedia bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi juga perjalanan rohani (jiwa) untuk kembali kepada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *