8. 7 Kesilapan Jemaah Umrah Yang Ramai Tak Sedar

TARBIYAH ROHANI FASA 2  ( 3 )

Bila Pembaca Bina Kepercayaan Sudah Sedar Sekarang Mereka Yakinkan Hati 

Kisah Benar Jemaah Umrah

 

Menunaikan Umrah adalah impian dan hasrat murni umat Islam. Namun jika tanpa persediaan yang betul pengalaman yang sepatutnya tenang dan bermakna boleh bertukar menjadi penat, keliru dan tidak fokus. Hakikatnya kebanyakan kesilapan jemaah Umrah berlaku bukan kerana sengaja tetapi kerana kurang maklumat dan bimbingan.

Berikut ialah 7 Kesilapan Jemaah Umrah6. Kenapa Ramai Jemaah Menyesal : Tangguh Umrah Walaupun Mampu Yang Ramai Tak Sedar dan paling biasa sering berlaku kepada jemaah Umrah. Kami senaraikannya agar anda dapat mengelakkannya.

 

1. Terlalu Fokus Kepada Harga Pakej, Abaikan Bimbingan

Ramai jemaah memilih pakej Umrah berdasarkan harga semata-mata. Walaupun kos penting namun harga murah tidak semestinya memberi pengalaman ibadah yang baik. Sebaliknya bimbingan ibadah, jarak hotel, susunan jadual dan sokongan mutawwif jauh lebih kritikal untuk jemaah Umrah.

 

2. Tidak Faham Aliran Ibadah Umrah

Ada jemaah yang menghafal rukun Umrah, tetapi keliru dan tidak memahami praktikal sebenar ibadah di Masjidil Haram. Akibatnya mereka melakukan ibadah dalam keadaan ragu-ragu dan bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Setiap orang berbeza tahap ilmu dan stamina. Terlalu bergantung sepenuhnya pada rakan boleh menyebabkan jemaah terlepas bimbingan mutawwif dan maklumat penting.

 

3. Kurang Persediaan Ilmu Sebelum Berangkat

Menghadiri taklimat sahaja tidak mencukupi. Jemaah perlu membaca, bertanya dan memahami panduan Umrah walaupun bukan Umrah kali pertama agar lebih yakin semasa beribadah. Ilmu yang cukup menjadi pelita cahaya dan dapat memberi ketenangan kepada hati. Adalah perkara lumrah jika manusia mudah lupa.

 

  1. Abaikan Persediaan Fizikal

Umrah melibatkan banyak berjalan, berdiri dan melakukan pergerakan. Tanpa persediaan fizikal, jemaah mudah letih, emosi terganggu dan hilang fokus ibadah. Persediaan awal membantu ibadah dilakukan dengan lebih khusyuk.

Setiap jemaah mempunyai tahap stamina dan kekuatan fizikal yang berbeza. Jemaah hendaklah melatih fizikal secara perlahan-lahan namun konsisten sebelum Umrah.

gua hira

  1. Terlalu Sibuk Dengan Telefon Dan Ambil Gambar

Mekah bukan sekadar destinasi ibadah tetapi penuh dengan tempat yang cantik. Merakam kenangan bukan satu kesalahan tetapi jika terlalu sibuk dengan telefon boleh mengganggu kekhusyukan ibadah. Ramai jemaah menyesali kerana lebih banyak melihat skrin berbanding lihat Kaabah. Asyik dengan telefon juga menyebabkan Jemaah kurang fokus ibadah akibat terlalu sibuk merakam gambar. Inilah antara Kesilapan Jemaah Umrah9. Bagaimana Memilih Syarikat Umrah Yang Selamat & Patuh Syariah Yang Ramai Tak Sedar kerana merasa sukar untuk melepaskan peluang mengambil gambar di tempat yang paling teratas istimewa kedudukkannya.

 

  1. Tidak Bertanya Soalan

Ada jemaah segan bertanya kerana takut nampak “tak tahu”. Sedangkan bertanya adalah pembelajaran sebagai persediaan memastikan ibadah yang lebih sempurna.

 

  1. Menangguh Umrah Terlalu Lama

Kesilapan Jemaah Umrah22. Kenapa Ramai Pilih Daftar Awal Umrah Walaupun Tarikh Masih Jauh Yang Ramai Tak Sedar dan paling besar ialah menangguh Umrah terlalu lama walaupun sebenarnya mampu. Ramai beranggapan Umrah boleh dibuat bila-bila masa, sedangkan hakikatnya peluang, kesihatan dan masa tidak sentiasa menunggu dan semakin hari semakin terhad.

Ada yang menangguh kerana mahu menunggu:

  • kewangan lebih selesa
  • anak membesar
  • kerja lebih stabil
  • masa yang “betul-betul sesuai

Namun ramai jemaah akhirnya mengaku masa yang sempurna itu jarang wujud. Apa yang wujud hanyalah masa yang ada sekarang.

Lebih menyedihkan ada jemaah yang hanya berpeluang menunaikan Umrah ketika:

  • badan sudah tidak sekuat dahulu
  • pergerakan menjadi terbatas
  • emosi mudah penat dan terganggu

Sedangkan peluang itu pernah ada ketika mereka masih sihat dan lapang.

Ramai jemaah juga menyesal kerana menangguh Umrah sehingga ibu bapa atau pasangan tidak lagi berkesempatan untuk pergi bersama. Umrah bukan sekadar ibadah peribadi, tetapi kenangan rohani bersama orang tersayang yang tidak boleh diulang.

Hakikatnya, menangguh Umrah bukan soal wang semata-mata, tetapi soal keberanian membuat keputusan. Ramai jemaah mendapati bahawa apabila niat Umrah dibuat dengan bersungguh-sungguh, Allah memudahkan jalan — dari segi rezeki, masa dan urusan.

Menangguh terlalu lama bukan sahaja melambatkan ibadah, tetapi boleh menyebabkan hati menjadi semakin berat dan keinginan semakin pudar. Sedangkan Umrah adalah antara peluang terbaik untuk menyegarkan iman dan membersihkan jiwa.

Kesimpulan

Umrah adalah perjalanan rohani yang sangat berharga. Dengan mengelakkan kesilapan5. Pakej Umrah Tiram Travel: Pengalaman Umrah Terancang, Tenang & Dipercayai biasa ini, ibadah dapat dilakukan dengan lebih tenang, yakin dan bermakna. Ilmu, bimbingan dan perancangan yang betul adalah kunci utama.

 

PENUTUP

👉 Jika ini Umrah anda dan mahu elak kesilapan biasa join kami untuk sesi penerangan ringkas sebelum daftar. Ibadah lebih tenang bermula dengan ilmu dan bimbingan yang betul.

👉 Jika anda mahu:

  • panduan Umrah yang jelas
  • bimbingan berpengalaman
  • perancangan Umrah yang tenang

👉Klik WhatsApp kami untuk perbincangan percuma tanpa paksaan.

👉WhatsApp, klik link kami di sini
https://wa.link/dhnrjh

atau scan QR Code

Keputusan yang betul hari ini membantu anda beribadah dengan yakin esok.

Elakkan dari turut melakukan 7 Kesilapan Jemaah Umrah Yang Ramai Tak Sedar.

About Redaksi Bimbingan Umrah

Lizah merupakan seorang pelapis mutawwifah dan agen pemasaran Haji & Umrah yang berpengalaman. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), beliau menemui minat mendalam dalam bidang Haji dan Umrah. Satu perjalanan kerjaya yang lahir daripada keinginan untuk berkhidmat kepada tetamu Allah. Beliau menjalani latihan intensif selama tiga bulan dalam bidang pengajian Haji dan Umrah seterusnya berkhidmat dengan Agensi Umrah T di selatan tanahair. Lizah juga telah mengikuti Kursus Program Training of Trainers (TTT) di Tanah Suci, dibimbing oleh Mursyid Ustaz Abdullah dan Mursyidah Ustazah Masriah yang memperkukuh kefahaman beliau dari sudut praktikal, sirah dan pengurusan jemaah. Melalui penulisan blog ini, Lizah berkongsi ilmu, pengalaman lapangan dan panduan praktikal bagi membantu bakal jemaah memahami perjalanan Umrah secara lebih jelas, dan berhemah. Bersedia bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi juga perjalanan rohani (jiwa) untuk kembali kepada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *