2. Cara Memilih Pakej Umrah Yang Selamat & Dipercayai di Malaysia

TARBIYAH ROHANI FASA 1ย  ( 2 )

Umrah โ†’ Bukan Untuk Cantik Lawa โ†’ Tapi Fokus Nak Pergi

Beginner guide, checklist, persediaan mental & fizikal

 

Menunaikan Umrah adalah impian ramai umat Islam, artikel ini akan membantu anda memahami Cara Memilih Pakej Umrah9. Bagaimana Memilih Syarikat Umrah Yang Selamat & Patuh Syariah yang selamat & dipercayai di Malaysia supaya anda berjaya membuat pilihan yang betul. Supaya perjalanan ibadah anda berjalan lancar dan tenang. Namun, kebelakangan ini semakin banyak kes penipuan pakej Umrah yang menyebabkan jemaah kerugian wang dan hadapi masalah emosi. Sebab itu, pentingnya memilih pakej Umrah yang selamat, berlesen dan dipercayai terutama bagi mereka yang pertama kali ingin ke Tanah Suci.

 

  1. Pastikan Agensi Umrah Berlesen & Berdaftar

Perkara paling asas ialah memastikan syarikat Umrah5. Pakej Umrah Tiram Travel: Pengalaman Umrah Terancang, Tenang & Dipercayai tersebut mempunyai lesen sah daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Jangan hanya percaya pada iklan atau harga murah semata-mata.

Anda boleh melihat agensi Umrah yang berlesen biasanya:

  • Mempunyai alamat pejabat yang jelas
  • Mempunyai laman web
  • Mempunyai team media sosial yang mantap
  • Mempunyai rekod operasi yang sah
  • Mengurus visa Umrah secara rasmi
  • Popular dan dikenali ramai
  • Ada Tagline unik
  • Ada logo jenama
  • Ada khidmat rundingan / konsultansi
  • Mempunyai ramai mutawwif
  • Mempunyai banyak cawangan
  • Mempunyai Muzakarah Mutawwif sendiri (ini hebat)

Jika agensi tidak dapat menunjukkan bukti pendaftaran atau lesen, itu adalah tanda amaran yang perlu dielakkan. Agen Umrah22. Kenapa Ramai Pilih Daftar Awal Umrah Walaupun Tarikh Masih Jauh yang berdaftar akan menunjukkan nombor lesen setiapkali diminta. Semakin banyak ciri-ciri di atas ditunjukkan adalah tanda sesebuah syarikat semakin baik.

ย 

  1. Jangan Terpengaruh Dengan Harga Terlalu Murah

Harga pakej Umrah yang terlalu murah sering menjadi punca masalah. Harga pakej di bawah harga pasaran. Lihat perbandingan harga pakej dengan beberapa syarikat Umrah yang lain, terutamanya lihat bandingan pakej dari syarikat yang sudah lama beroperasi sebagai agensi Umrah. Adakala pakej yang kelihatan menarik di awal, tetapi apabila sebenarnya terjadi :

  • Hotel terlalu jauh dari masjid
  • Tiada bimbingan mutawwif
  • Caj tambahan muncul di saat akhir
  • Jemaah lapar
  • Tiada tiket penerbangan
  • Terkandas
  • Jemaah tidak cukup rehat
  • Bertukar-tukar hotel

Harga yang munasabah selalunya mencerminkan :

  • Kualiti pengurusan
  • Keselesaan perjalanan
  • Kebajikan Jemaah
  • Intergriti dan kesetiaan
  • Kepakaran dalam mengawal kos

Ingat, Umrah bukan sekadar sampai ke Mekah, tetapi bagaimana ibadah itu dilaksanakan dengan sempurna. Elakkan scammer,penipuan Umrah, pakej terlalu murah sampai tak logic akal.

 

  1. Periksa Kandungan Pakej Secara Terperinci

Sebelum mendaftar, pastikan anda baca dan fahamkan dahulu apa yang termasuk dalam pakej, seperti :

  • Jenis penerbangan direct atau transit
  • Jarak hotel dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
  • Bilangan hari di Mekah dan Madinah
  • Bimbingan mutawwif sepanjang Umrah
  • Ada makan atau tidak
  • Berapa kali umrah
  • Ke mana destinasi ziarah
  • Air Zamzam
  • Kursus Umrah
  • Visa
  • Insuran
  • Harga yang berpatutan, sesuai kandungan pakej

Agensi yang telus tidak akan menyembunyikan maklumat dan sentiasa bersedia menjelaskan setiap butiran pakej. Pilih syarikat Umrah yang dipercayai atau pilihan ramai. Biarlah kita menang membeli selamat memakai dengan menggunakan Cara Memilih Pakej Umrah5. Pakej Umrah Tiram Travel: Pengalaman Umrah Terancang, Tenang & Dipercayai Yang Selamat & Dipercayai di Malaysia. Gunakan Panduan Umrah Pertama Kali untuk yang first timer.

 

  1. Kepentingan Mutawwif & Bimbingan Umrah

Bagi jemaah Umrah pertama kali, bimbingan mutawwif sangat penting. Mutawwif bukan sekadar mengetuai ibadah, tetapi :

  • Membimbing rukun Umrah dengan betul
  • Memberi sokongan emosi kepada Jemaah
  • Membantu jika berlaku kekeliruan atau kecemasan
  • Membantu pengurusan ibadah Jemaah
  • Menjadi ketua di Tanah Suci yang jauh dari tanahair dan keluarga

Pakej Umrah yang baik sentiasa menekankan ilmu dan bimbingan, bukan hanya logistik. Mjtawwif yang berpengalaman pasti menjalankan tugas dengan lancar tanpa tekanan. Pastinya pula akan meninggalkan kesan di hati sampai ada Jemaah akan terindu-rindu kepada tempat di Tanah Suci apabila pulang. Sebab inilah berlakunya Jemaah berulang. Kerana Mutawwif bukan sahaja pembimbing ibadah tetapi juga sahabat di Tanah Suci. Siapa yang tidak suka ada sahabat ? Pasti ?

 

 

  1. Lihat Testimoni & Pengalaman Jemaah

Testimoni jemaah terdahulu memberi gambaran sebenar tentang perkhidmatan sesebuah agensi. Perhatikan pada :

  • Cara agensi melayan jemaah
  • Pengurusan di Tanah Suci
  • Tindak balas apabila berlaku masalah
  • Feedback Jemaah
  • Tempoh masa diambil apabila wujud hal tertentu
  • Semua yang ada ditulis dalam pakej dipenuhi atau tidak

Agensi yang dipercayai biasanya mempunyai rekod pengalaman jemaah yang konsisten dan positif. Jemaah pula akan suka dengan agensi tersebut sampai tak sabar pergi lagi. Agaknya Bila Next Trip Ya, Nak Datang Lagi.

 

Penutup

Memilih pakej Umrah bukan soal murah atau mahal, tetapi soal keselamatan, kepercayaan dan ketenangan ibadah. Jangan terburu-buru membuat keputusan. Luangkan masa untuk bertanya, menyemak dan memahami setiap perkara sebelum mendaftar. Pastikan pilih pakej yang selamat yang sesuai dan bertepatan.

๐Ÿ‘‰ Jika ini Umrah pertama anda dan anda perlukan bimbingan dari A hingga Z bersama agensi yang berpengalaman dan berlesen, pilihlah pakej Umrah yang mengutamakan amanah dan kebajikan jemaah. Umrah yang tenang bermula dengan pilihan yang betul ! ย Bukan begitu Cara Pilih Pakej Umrah Yang Betul ?

๐Ÿ‘‰ Jika anda masih ragu-ragu memilih pakej yang selamat dan pakej yang sihat, kami sedia bantu jelaskan pada anda dengan jujur dan telus.

๐Ÿ“ฒ Pakej Umrah Tiram Travel, tempahlah sesi konsultasi (percuma).

๐Ÿ‘‰ Nak selamat dan tenang
ย ย ย ย  ย https://wa.link/dhnrjh

atau scan QR Code

๐Ÿ‘‰ Kami bantu insya-Allah.

Mestilah tenang bila pergi umrah dengan Cara Memilih Pakej Umrah Yang Selamat & Dipercayai di Malaysia.

 

 

About Redaksi Bimbingan Umrah

Lizah merupakan seorang pelapis mutawwifah dan agen pemasaran Haji & Umrah yang berpengalaman. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), beliau menemui minat mendalam dalam bidang Haji dan Umrah. Satu perjalanan kerjaya yang lahir daripada keinginan untuk berkhidmat kepada tetamu Allah. Beliau menjalani latihan intensif selama tiga bulan dalam bidang pengajian Haji dan Umrah seterusnya berkhidmat dengan Agensi Umrah T di selatan tanahair. Lizah juga telah mengikuti Kursus Program Training of Trainers (TTT) di Tanah Suci, dibimbing oleh Mursyid Ustaz Abdullah dan Mursyidah Ustazah Masriah yang memperkukuh kefahaman beliau dari sudut praktikal, sirah dan pengurusan jemaah. Melalui penulisan blog ini, Lizah berkongsi ilmu, pengalaman lapangan dan panduan praktikal bagi membantu bakal jemaah memahami perjalanan Umrah secara lebih jelas, dan berhemah. Bersedia bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi juga perjalanan rohani (jiwa) untuk kembali kepada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *