Author Archives: Redaksi Bimbingan Umrah

About Redaksi Bimbingan Umrah

Lizah merupakan seorang pelapis mutawwifah dan agen pemasaran Haji & Umrah yang berpengalaman. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), beliau menemui minat mendalam dalam bidang Haji dan Umrah. Satu perjalanan kerjaya yang lahir daripada keinginan untuk berkhidmat kepada tetamu Allah. Beliau menjalani latihan intensif selama tiga bulan dalam bidang pengajian Haji dan Umrah seterusnya berkhidmat dengan Agensi Umrah T di selatan tanahair. Lizah juga telah mengikuti Kursus Program Training of Trainers (TTT) di Tanah Suci, dibimbing oleh Mursyid Ustaz Abdullah dan Mursyidah Ustazah Masriah yang memperkukuh kefahaman beliau dari sudut praktikal, sirah dan pengurusan jemaah. Melalui penulisan blog ini, Lizah berkongsi ilmu, pengalaman lapangan dan panduan praktikal bagi membantu bakal jemaah memahami perjalanan Umrah secara lebih jelas, dan berhemah. Bersedia bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi juga perjalanan rohani (jiwa) untuk kembali kepada Allah.