{"id":18,"date":"2026-01-28T18:09:16","date_gmt":"2026-01-28T10:09:16","guid":{"rendered":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/?p=18"},"modified":"2026-02-28T12:17:58","modified_gmt":"2026-02-28T04:17:58","slug":"panduan-umrah-pertama-kali-umrah-yang-wajib-apa-yang-perlu-disediakan-dari-a-hingga-z","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/panduan-umrah-pertama-kali-umrah-yang-wajib-apa-yang-perlu-disediakan-dari-a-hingga-z\/","title":{"rendered":"1.Panduan Umrah Pertama Kali ( Umrah Yang Wajib ) : Apa Yang Perlu Disediakan Dari A Hingga Z"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong>ARBIYAH ROHANI FASA 1\u00a0 ( 1 ) <\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong>Umrah<\/strong> \u2192 <strong>Bukan Untuk Cantik Lawa <\/strong>\u2192<strong> Tapi <\/strong><strong>Fokus Nak Pergi<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; background-color: #ffff00;\"><strong><em>Beginner guide, checklist,<\/em><\/strong><strong> persediaan mental &amp; fizikal<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; background-color: #ffff00;\"><strong>\u201cArtikel ini khusus untuk orang yang cari <em><u>panduan umrah pertama kali<\/u><\/em>\u201d<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Menunaikan Umrah pertama kali adalah satu pengalaman yang besar dan sangat bermakna. Ia bukan sekadar perjalanan fizikal ke Tanah Suci, tetapi perjalanan hati untuk menjadi Tetamu Allah ataupun Duyuffurrahman. <strong>Membawa jiwa yang penat dengan ranjau dunia ke Tanah Suci untuk memohon keampunanNya. <\/strong><\/p>\n<p>Namun, ramai bakal jemaah akan berasa bimbang kerana tidak tahu apakah persediaan umrah yang perlu disediakan. Disamping itu bakal Jemaah akan berasa berdebar-debar dan sering memikirkan adakah perjalanan umrah pertama kali mereka diterima Allah Ta\u2019ala atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan umrah pertama kali hukumnya adalah wajib, ini akan menjadikan debaran, usaha dan kesanggupan untuk sampai ke Tanah Suci semakin besar. Mesti banyak kali mengalirkan air mata , rasa takut kerana hendak masuk ke rumah Allah.<\/p>\n<p>Menjadi TetamuNya bukan mudah, entah-entah akan disoal, akan diperiksa, akan diuji bermacam-macam ujian. Fikirkan semua ini rasa-rasa Jemaah tenteram tak ?<\/p>\n<p><mark>Artikel ini disusun khas sebagai panduan asas (<em>beginner guideline<\/em>) merangkumi persediaan mental, fizikal dan praktikal agar jemaah dapat menunaikan Umrah pertama kali mereka dengan tenang dan yakin.<\/mark><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 14pt;\">Panduan Lengkap Umrah Kali Pertama<a href=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/20-umrah-kenapa-bersama-mutawwif-berpengalaman-apa-bezanya-dengan-umrah-diy-sendiri\/\">20. Umrah Kenapa Bersama Mutawwif Berpengalaman, Apa Bezanya Dengan Umrah DIY Sendiri ?<\/a><\/span><\/p>\n<ol>\n<li><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong> Persediaan Niat &amp; Persediaan Mental Umrah (Asas Paling Penting)<\/strong><\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><strong><u>Perkara pertama sebelum bercakap soal bekalan seperti bag, pakaian atau barang ialah Niat.<\/u><\/strong> Umrah bukan percutian biasa tetapi merupakan perjalanan yang menuntut sebuah pengorbanan tinggi. Banyak yang akan dikorbankan antaranya wang, masa, tenaga, keluarga, kawan-kawan, tempat kerja, kereta kesayangan, haiwan peliharaan, pokok-pokok yang hari-hari nak kena siram, kebun mahupun harta. Kesemuanya akan ditinggalkan\u00a0 kerana menyahut seruan Tetamu Allah. Kerana Allah rindu, Allah nak panggil datang ke Baitullah untuk kita mengakukan serta meminta ampun atas dosa-dosa dan kesalahan dilakukan sejak baligh hinggalah hari tersebut yang Jemaah akan pijak kaki di Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Mesti takut kan . Allah Maha Besar. Allah Maha Berkuasa.<\/p>\n<ul>\n<li>Daripada Sahl bin Sa\u2019ad bahawa Nabi SAW bersabda:<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u0646\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650\u0647\u0650<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cNiat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya\u201d.<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[Riwayat al-Thabarani (5942) dalam al -Mu\u2019jam al-Kabir, 185\/6]<\/em><\/strong><\/p>\n<p><strong>Status dan makna hadis di atas. <\/strong><\/p>\n<p><strong><u>Niat merupakan perkara yang penting kerana ia akan menentukan halatuju perbuatan kita<\/u><\/strong>. Ini kerana, niat tidak dapat dipisahkan daripada setiap perbuatan kita. Berdasarkan sebuah hadis yang masyhur dan sering diungkapkan:<\/p>\n<ul>\n<li>Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0627\u0644\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0646\u0651\u0650\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cSesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat\u201d.<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[Riwayat al-Bukhari (1)].<\/em><\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Berdasarkan hadis ini, kita maklum bahawa niat merupakan perkara yang amat penting kerana ia yang akan menentukan tujuan amalan tersebut.<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong>Definisi Niat<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Niat menurut bahasa adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan.\u00a0<strong><em>[Lihat: al-Mu\u2019jam al-Wasith, 1021]\u00a0. <\/em><\/strong>Manakala menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pula, niat adalah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan.\u00a0<strong><em>[Lihat: Kemus Dewan Edisi Keempat, 1080]<\/em><\/strong><\/p>\n<p>Menurut Istilah pula, terdapat beberapa definisi yang diberikan:<\/p>\n<ul>\n<li>Telah berkata Imam al-Nawawi:<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u0627\u0644\u0646\u0651\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064f \u0639\u064e\u0632\u0652\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0644\u0652\u0628\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cNiat adalah keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap perkara yang fardhu dan selain daripadanya (wajib)\u201d.<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[Lihat: al-Majmu\u2019, 310\/1]<\/em><\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Telah berkata Ibn Abidin:<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u0642\u064e\u0635\u0652\u062f\u064f \u0627\u0644\u0637\u0651\u064e\u0627\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0642\u064e\u0631\u0651\u064f\u0628\u0650 \u0625\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649 \u0641\u0650\u064a \u0625\u064a\u062c\u064e\u0627\u062f \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0639\u0652\u0644\u0650<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cNiat adalah tujuan melakukan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan perbuatan\u201d.<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[Lihat: Rad al-Mukhtar, 105\/1]<\/em><\/strong><\/p>\n<p>Kesimpulannya, niat merupakan asas atau kayu ukur bagi sesuatu amalan yang dilakukan dan niat itu perlulah diniatkan hanya kepada Allah SWT. Tambahan pula, <u>niat juga yang akan menentukan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah SWT. \u00a0<\/u><\/p>\n<ul>\n<li>Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW:<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0644\u0627 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0638\u064f\u0631\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0635\u064f\u0648\u064e\u0631\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0638\u064f\u0631\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cSesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu\u201d.<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[Riwayat Muslim (2564)]<\/em><\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Semoga Allah SWT menyucikan niat dan amalan kita daripada sifat-sifat yang boleh menyebabkan amalan tertolak serta menjauhkan kita daripada sifat riyak, ujub, sum\u2019ah dan lain-lain lagi. Amin. Wallahua\u2019lam<\/p>\n<p>Berdasarkan definisi di atas, kami berpendapat bahawa <span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>niat adalah lintasan hati dalam ketika ingin melakukan sesuatu perkara. Antara faedah atau fungsi niat adalah:<\/strong><\/span><\/p>\n<p><strong>Pertama<\/strong>: <strong>Membezakan ibadah daripada ibadah-ibadah yang lain<\/strong>. Contohnya antara puasa yang wajib dengan puasa yang sunat.<\/p>\n<p><strong>Kedua<\/strong>: <strong>Membezakan ibadah daripada adat<\/strong>. Contohnya, seseorang itu mandi dan diniatkan bahawa ia adalah mandi janabah maka mandi tersebut akan mendapat pahala. Jika seseorang itu mandi untuk menghilangkan kepanasan maka tidak akan mendapat pahala kerana mandiannya itu bukanlah berbentuk ibadah. Daripada inilah, para ulama\u2019 mengeluarkan satu kaedah iaitu:<\/p>\n<p>\u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u064f\u0648\u0652\u0631\u064f \u0628\u0650\u0645\u064e\u0642\u064e\u0627\u0635\u0650\u062f\u0650\u0647\u064e\u0627<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cSetiap perkara itu berdasarkan (dinilai) tujuan-tujuannya\u201d.<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong>Tashihkan Niat<\/strong><\/span><\/p>\n<p><strong>Memperbetulkan Niat.<\/strong> Betulkan niat betul-betul dahulu baru pergi umrah. Kalau rasa dah betul, betul-betulkan lagi. Rasai sendiri apa yang kurang , lemah dan tidak bersedia. \u00a0<u>Jemaah tidak boleh terlupa tujuan perjalanan ini adalah untuk beribadah dan mencari redha Allah. Bukan seperti perjalanan melancong atau mengikut orang lain. <\/u><\/p>\n<p><strong>Tashih Niat menurut Imam an-Nawawi\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Sebagaimana Tashih Niat menurut Imam an-Nawawi\u00a0rahimalkumullah merujuk kepada hadis pertamanya dalamKitab Arba\u2019in.<strong>&#8220;Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan memperoleh apa yang dinilainya&#8221;. <\/strong>Hadis ini menegaskan niat sebagai asas setiap ibadah, di mana niat yang ikhlas kerana Allah akan menentukan ganjaran yang bakal diterima, sementara niat kerana berkehendakkan duniawi akan menghasilkan ganjaran di duniawi sahaja. Imam Nawawi mendefinisikan niat sebagai\u00a0<strong>tekad hati (\u0639\u064e\u0632\u0652\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0644\u0652\u0628\u0650)<\/strong>\u00a0untuk melakukan sesuatu amal, samada fardhu atau sunat, menjadikannya elemen penting untuk menilai keikhlasan dan kesahihan amalan.<\/p>\n<p><strong>Intipati Tashih Niat Imam Nawawi :<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li><strong>Hadis Pertama Arba&#8217;in:<\/strong>\u00a0Hadis ini (diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab) adalah asas yang menyatakan bahawa niat menentukan nilai amalan ; hijrah kerana Allah mendapat ganjaran Allah, hijrah kerana dunia mendapat balasan dunia.<\/li>\n<li><strong>Definisi Niat:<\/strong>\u00a0Niat (\u0646\u064a\u0629) adalah tekad (\u0639\u0632\u0645) di dalam hati untuk melakukan suatu amal, sama ada fardhu atau sunat.<\/li>\n<li><strong>Tashih (Memperbetulkan):<\/strong>\u00a0&#8216;Tashih niat&#8217; bermaksud sentiasa memeriksa dan memperbetulkan niat dalam setiap perbuatan, memastikan ia ikhlas kerana Allah (Lillah) dan mengikut Sunnah Rasulullah SAW, bukan kerana inginkan dapat pujian atau keuntungan duniawi (riyak\/sum&#8217;ah).<\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Contoh Tashih Niat:<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li><strong>Solat :<\/strong>\u00a0Niat kerana Allah, bukan kerana ingin dipuji orang.<\/li>\n<li><strong>Hijrah :<\/strong>\u00a0Niat meninggalkan maksiat kerana Allah, bukan kerana ingin berkahwin atau mendapat harta.<\/li>\n<li><strong>Umrah :<\/strong> Apa Niat nak pergi umrah ? Hendak\u2026membersihkan dosa, hendak mengulang semula syahadat di depan Baitullah dan begitu juga di Maqam Rasulullah, hendak memperbanyakkan amal ibadat, hendak lama duduk dalam Masjid, hendak Tawaf, hendak pegang Kaabah, hendak berazam tidak kembali melakukan maksiat\/dosa\/kesalahan kerana jiwa telah bersih. Macam-macam Niat semuanya diterima asalkan baik dan Allah hanya terima hambaNya yang beramal tetapi dengan satu sahaja perkataan iaitu IKHLAS. Ingatlah.<\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Secara ringkas, <strong>Tashih Niat Imam Nawawi<\/strong> adalah <u>bermaksud kita perlu sentiasa mengembalikan niat kepada tujuan asal iaitu semata-mata kerana Allah<\/u>, selari dengan hadis pertama Arba&#8217;innya. Agar amalan menjadi ibadah yang bernilai di sisi Allah SWT.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong>Persediaan Mental Umrah Dengan Melatih Hati (jiwa\/ruh)<\/strong><\/span><\/p>\n<p><strong>Setelah memperbaiki niat, Jemaah perlu melatih hati (jiwa\/ruh\/mental) dengan memahami bahawa:<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Mesti akan ada ujian (penat, sesak, cuaca panas)<\/li>\n<li>Akan perlu bersabar dengan orang ramai<\/li>\n<li>Akan perlu menjaga adab dan akhlak<\/li>\n<\/ul>\n<p>Oleh itu adalah <strong><span style=\"text-decoration: underline;\">disarankan pada jemaah agar memperbanyakkan iktikaf, solat, tawaf sunat, membaca doa yang baik-baik, zikir dan membaca sirah dan sejarah Mekah dan Madinah agar hati lebih bersedia.<\/span> Jemaah perlu diingatkan sebaik-baik zikir adalah membaca Al-Quran.<\/strong> Kerana memandang sahaja sudah dapat pahala. Apatah lagi membaca, membaca dan memahami maknanya, menghafalkannya bahkan memegangnya pun dapat pahala. Sesuai dengan hadis telah disebutkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam al-Gharaib al-Multaqitah Min Musnad al-Firdaus. Beliau berkata<\/p>\n<p>\u0642\u0627\u0644 \u0623\u0628\u0648 \u0646\u0639\u064a\u0645 : \u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0628\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f \u0628\u0646 \u062c\u0639\u0641\u0631 \u060c \u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0628\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f \u0628\u0646 \u0632\u0643\u0631\u064a\u0627 \u060c \u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0633\u0639\u064a\u062f \u0628\u0646 \u064a\u062d\u064a\u0649 \u060c \u062d\u062f\u062b\u0646\u0627 \u0632\u0627\u0641\u0631 \u060c \u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a \u0639\u062b\u0645\u0627\u0646 \u060c \u0639\u0646 \u064a\u062d\u064a\u0649 \u0628\u0646 \u0633\u0639\u064a\u062f \u060c \u0639\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f \u0628\u0646 \u0625\u0628\u0631\u0627\u0647\u064a\u0645 \u060c \u0639\u0646 \u0639\u0627\u0626\u0634\u0629 \u060c \u0642\u0627\u0644\u062a : \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 : &#8221; \u0627\u0644\u0646\u064e\u0638\u064e\u0631\u064f \u0641\u0650\u064a \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064e\u0629 \u0623\u064e\u0634\u0652\u064a\u064e\u0627\u0621\u064e \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u064e\u0629\u064f \u060c \u0627\u0644\u0646\u064e\u0638\u064e\u0631\u064f \u0641\u0650\u064a \u064e\u0648\u062c\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0623\u064e\u0628\u0648\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\u00a0 \u0648\u0650\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0645\u064f\u0635\u0652\u062d\u064e\u0641\u0650 \u060c \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0628\u064e\u062d\u0652\u0631\u0650<\/p>\n<p>Maksudnya\u00a0<em>:\u201d Abu Nuaim berkata :\u201d Abdullah Bin Muhammad Bin Jaafar menceritakan kepada kami : Abdullah Bin Muhammad bin Zakaria menceritakan kepada kami : Sa\u2019id bin Yahya menceritakan kepada kami : Zafir menceritakan kepada kami daripada Abu Uthman daripada Yahya Bin Said daripada Muhammad bin Ibrahim daripada \u2018Aisyah r.anha. Beliau berkata : Rasulullah saw bersabda : \u201cMelihat pada tiga perkara (ini) adalah ibadah : melihat kepada wajah kedua ibu bapa, melihat mushaf (al-Quran) dan melihat laut.\u201d<\/em><\/p>\n<p><strong>Rujuk\u00a0<em>al-Gharaib al-Multaqitah Min Musnad al-Firdaus<\/em>\u00a0(2688)<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong>Seruan Melakukan Amalan Soleh<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Antara ayat al-Qur\u2019an yang menyeru kita agar sentiasa melakukan amal soleh adalah \u00a0Firman Allah SWT:<\/p>\n<p>\u0641\u064e\u0645\u064e\u0646 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u064f\u0648 \u0644\u0650\u0642\u064e\u0627\u0621\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u0652 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064b\u0627 \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0628\u0650\u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u064e\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064b\u0627<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cSesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia menyekutukan sesiapa pun dalam ibadah kepada Tuhannya\u201d.\u00a0<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[al-Kahfi:110]<\/em><\/strong><\/p>\n<p><em>\u00a0<\/em>Di dalam ayat ini, <u>Allah SWT menyeru kita agar melakukan amalan yang soleh jika ingin bertemu dengan Allah SWT di hari Akhirat kelak<\/u>. Untuk itu, para mufassir atau ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan dengan amalan di situ adalah amalan yang tidak dicemari dengan sifat riyak iaitu menunjuk-nunjuk. Antaranya Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya mendatangkan beberapa hadis ketika menafsirkan makna amalan soleh ini, antaranya:<\/p>\n<p>Daripada Jundub RA, bahawa Nabi SAW bersabda:<\/p>\n<p>\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0633\u064e\u0645\u0651\u064e\u0639\u064e \u0633\u064e\u0645\u0651\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u064a \u064a\u064f\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u064a \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cBarangsiapa yang beramal kerana sum\u2019ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah SWT akan menjadikannya (amalan) sebagai sum\u2019ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah SWT menjadikannya (amalan) sebagai riyak\u201d.<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[Riwayat al-Bukhari (6499)]<\/em><\/strong><\/p>\n<p>Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa <u>kita perlu menjauhi amalan kita daripada sikap atau sifat riyak, sum\u2019ah, ujub dan lain-lain lagi<\/u>. Di samping itu, <u>niat seseorang itu perlulah ikhlas kerana Allah SWT agar amalan tersebut diterima oleh Allah SWT dan diletakkan amalan tersebut pada timbangan atau neraca kebaikan di Akhirat kelak.<\/u><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong>Kepentingan Ikhlas<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>Sifat atau niat yang ikhlas kepada Allah SWT adalah amat penting dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita.<\/strong> <\/span>Ikhlas dari sudut bahasa adalah menyucikan sesuatu. Manakala menurut istilah pula adalah menyucikan amalan dengan niat yang betul iaitu kerana Allah SWT serta menghalang atau menjauhkan amalan tersebut daripada sifat menyekutukan Allah SWT (syirik). Disebabkan itu, Allah SWT berfirman di dalam al-Qur\u2019an bagi menjelaskan akan kepentingan ikhlas ini.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ul>\n<li>Firman Allah SWT:<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0644\u0650\u064a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u064e \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646\u064e<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cPada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya\u201d.<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[al-Baniyyah:5]<\/em><\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Imam al-Qurthubi menafsirkan ayat ini dengan ayat yang lain iaitu Firman Allah SWT:<\/li>\n<\/ul>\n<p>\u0642\u064f\u0644\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064f\u0645\u0650\u0631\u0652\u062a\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u064e \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u064b\u0627 \u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646\u064e<\/p>\n<p>Maksudnya:\u00a0<em>\u201cKatakanlah (wahai Muhammad SAW): \u201cSesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya\u201d.<\/em><\/p>\n<p><strong><em>[al-Zumar:11]<\/em><\/strong><\/p>\n<p>Ayat ini menjadi <u>dalil<\/u> bahawa wajibnya kita berniat dalam melaksanakan perkara-perkara berkaitan ibadah. Ini kerana, ikhlas merupakan amalan hati dan ia perlulah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan tidak pada selain daripada-Nya.<\/p>\n<p><strong><em>[Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 144\/20]<\/em><\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol start=\"2\">\n<li><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong> Ilmu Umrah : Fahami Rukun, Wajib &amp; Sunatnya<\/strong><\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><strong>Jemaah kali pertama WAJIB mengambil tahu Asas Umrah, antaranya :<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Mandi Sunat Ihram<\/li>\n<li>Memakai Pakaian Ihram<\/li>\n<li>Niat Di Miqat<\/li>\n<li>Solat Sunat Ihram<\/li>\n<li>Serta -merta meninggalkan pantang-larang dalam ihram<\/li>\n<li>Bertalbiah sepanjang masa sehingga memulakan tawaf<\/li>\n<li>Tawaf tujuh pusingan<\/li>\n<li>Saie di Safa Marwah<\/li>\n<li>Bercukur \/ Bergunting<\/li>\n<li>Tahallul<\/li>\n<li>Tertib<\/li>\n<\/ul>\n<p>Ikuti taklimat Umrah dengan serius dan jangan malu bertanya. Kefahaman yang baik akan mengurangkan rasa takut dan kekeliruan ketika berada di Tanah Suci. Lebih-lebih lagi apabila di tempat tersebut terdapat ramai orang dan anda pula tiba-tiba terpisah dari rakan. Jemaah kena ingat apabila berada di Tanah Suci akan sentiasa diuji Allah SWT. Iman akan diuji, begitulah juga dengan kesabaran akan diuji sehinggakan pada makan dan minum, kawan-kawan dan orang-orang di sekeliling pun kita akan diuji. \u00a0Sebab itu perlunya melatih hati agar jiwa jadi kuat dan mental sentiasa bersedia supaya rasa tahan diuji.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol start=\"3\">\n<li><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong> Persediaan Fizikal &amp; Kesihatan<\/strong><\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><strong>Umrah memerlukan tenaga dan stamina terutamanya untuk tawaf dan saie. Antara persediaan fizikal yang disarankan :<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Biasakan berjalan kaki 20\u201330 minit sehari<\/li>\n<li>Jaga pemakanan sebelum berlepas<\/li>\n<li>Cukupkan rehat<\/li>\n<\/ul>\n<p>Pastikan juga:<\/p>\n<ul>\n<li>Pemeriksaan kesihatan dibuat<\/li>\n<li>Ubat-ubatan peribadi dibawa<\/li>\n<li>Vaksinasi (jika diperlukan) telah lengkap<\/li>\n<\/ul>\n<p>Pasti kaki rasa penat sebab banyak berjalan. Jalan kaki ke kafe, naik bas turun bas, turun tangga masjid naik tangga masjid, jalan kaki pergi ziarah luar, melakukan tawaf, melakukan sai\u2019e \u2026semua itu menggunakan kaki. Sebab itu dua bulan sebelum penerbangan jemaah perlu membuat sendiri latihan jalan kaki supaya otot kaki tidak lemah. Otot kaki kuat dapat mengurangkan risiko terkena krem kaki\/kejang otot kaki\/simpul biawak\/mengkarung tarik. Semuanya \u00a0istilah yang berbeza tetapi maksud yang sama iaitu KREM.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol start=\"4\">\n<li><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong> Checklist Umrah, Dokumen &amp; Keperluan Penting<\/strong><\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><strong>Penting sebagai <u>Panduan Umrah Pertama Kali.<\/u> Antara dokumen dan keperluan penting yang perlu disediakan:<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Pasport (tempoh sah mencukupi)<\/li>\n<li>Gambar visa<\/li>\n<li>Visa Umrah\/ Visa Tourist (agensi sediakan)<\/li>\n<li>Tiket penerbangan (agensi sediakan)<\/li>\n<li>Insurans \u00a0(agensi sediakan)<\/li>\n<li>Salinan dokumen (hardcopy &amp; softcopy)<\/li>\n<li>Jadual perjalanan umrah , ziarah dan lain-lain (itinerary)<\/li>\n<li>Jadual masuk Raudhah , Nusuk<\/li>\n<li>Wang Saudi, siapkan sedikit duit Riyal untuk kegunaan peribadi<\/li>\n<\/ul>\n<p>Simpan dokumen ini diletakkan di tempat mudah dicapai dan berasingan sebagai langkah keselamatan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol start=\"5\">\n<li><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong> Senarai Barang Keperluan Umrah<\/strong><\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><strong>Pakaian untuk beribadah :<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Kain ihram (L)<\/li>\n<li>Jubah \u00a0dan telekung (P)<\/li>\n<li>Selipar dan kasut yang selesa<\/li>\n<li>Stokin &amp; pakaian dalam secukupnya<\/li>\n<\/ul>\n<p><strong>Keperluan harian :<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Beg silang kecil (agensi sediakan)<\/li>\n<li>Buku Panduan Umrah (agensi sediakan)<\/li>\n<li>Power bank<\/li>\n<li>Botol spray wuduk<\/li>\n<li>Tisu basah, tisu kering<\/li>\n<li>Pelembap bibir<\/li>\n<li>Krim anti-ruam, krim eczema<\/li>\n<li>Minyak angin<\/li>\n<li>Losyen untuk kulit kering terutamanya kaki kerana di sana banyak berjalan<\/li>\n<li>Botol air yang kecil untuk ziarah dan sesuai masuk ke masjid<\/li>\n<li>Payung lipat<\/li>\n<li>Cermin mata hitam<\/li>\n<li>Topi<\/li>\n<li>Termos kecil<\/li>\n<\/ul>\n<p><strong>Kesihatan :<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Ubat demam<\/li>\n<li>Ubat selsema<\/li>\n<li>Ubat batuk<\/li>\n<li>Plaster<\/li>\n<li>Vitamin C<\/li>\n<li>Garam buah-buahan<\/li>\n<li>Eye-mo<\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol start=\"6\">\n<li><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong> Tips Umrah <em>First Timer<\/em>, Persediaan Emosi &amp; Sikap<\/strong><\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><strong>Akhir sekali, latih diri untuk :<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li>Mudah memaafkan<\/li>\n<li>Tidak merungut<\/li>\n<li>Bersabar<\/li>\n<li>Selalu senyum walaupun dalam penat<\/li>\n<li>Bersyukur dan reda<\/li>\n<li>Bekerjasama<\/li>\n<li>Relaks, tenang<\/li>\n<li>Sentiasa ikhlas dalam apa cara dan keadaan.<\/li>\n<\/ul>\n<p><strong>Ingatlah, tidak semua orang dipilih Allah untuk menjadi tetamu-Nya.<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt; background-color: #ffff00;\"><strong>Kesimpulan<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Umrah pertama kali akan menjadi istimewa dalam kenangan seumur hidup jika disediakan dengan baik-baik. Dengan <strong>ilmu, persediaan mental, fizikal dan sikap yang betul<\/strong>, insya-Allah perjalanan Umrah akan menjadi lebih tenang, teratur dan bermakna. Semoga pulang akan mendapat umrah mabrur. Kami berharap panduan ini membantu bakal jemaah melangkah ke Tanah Suci dengan yakin dan penuh tawakal.<\/p>\n<p>\ud83d\udc49 Jika ini Umrah pertama anda dan anda masih ragu-ragu memilih pakej yang selamat,<br \/>\nkami sedia bantu jelaskan dengan jujur dan telus.<\/p>\n<p>\ud83d\udcf2<a href=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/kenapa-harga-pakej-umrah-berbeza-beza-ini-penjelasan-yang-ramai-tak-tahu\/\"><mark><span style=\"font-size: 14pt;\">Harga pakej Umrah berbeza-beza,<\/span> <\/mark><\/a><span style=\"background-color: #ffff00;\">maklumat pakej Umrah Tiram Travel &amp; sesi konsultasi percuma.<a href=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/21-umrah-pertama-anda-akan-tentukan-pengalaman-rohani-seumur-hidup\/\">21. Umrah Pertama Anda Akan Tentukan Pengalaman Rohani Seumur Hidup<\/a><\/span><\/p>\n<p>\ud83d\udc49 <span style=\"background-color: #ffff00;\"><strong>Nak betulkan niat<\/strong><\/span><br \/>\n<a href=\"https:\/\/wa.link\/dhnrjh\">https:\/\/wa.link\/dhnrjh<\/a><\/p>\n<p><strong>atau scan QR Code<\/strong><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-24\" src=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/LOGO-QR-CODE.png\" alt=\"\" width=\"134\" height=\"134\" srcset=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/LOGO-QR-CODE.png 134w, https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/LOGO-QR-CODE-60x60.png 60w\" sizes=\"auto, (max-width: 134px) 100vw, 134px\" \/><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong><em>Kami bantu dari niat hingga pulang ke tanah air, insya-Allah.<\/em><\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 12pt;\"><strong>Betulkan niat. Melalui \u00a0<u>Panduan Umrah Pertama Kali.<a href=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/8-7-kesilapan-jemaah-umrah-yang-ramai-tak-sedar\/\">8. 7 Kesilapan Jemaah Umrah Yang Ramai Tak Sedar<\/a><\/u><\/strong><\/span><\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-19\" src=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/tawaf-mekkah-300x200.webp\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/tawaf-mekkah-300x200.webp 300w, https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/tawaf-mekkah.webp 612w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-20 size-thumbnail\" src=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/flight-150x150.webp\" alt=\"\" width=\"150\" height=\"150\" srcset=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/flight-150x150.webp 150w, https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/flight-180x180.webp 180w, https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/flight-60x60.webp 60w\" sizes=\"auto, (max-width: 150px) 100vw, 150px\" \/><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ARBIYAH ROHANI FASA 1\u00a0 ( 1 ) Umrah \u2192 Bukan Untuk Cantik Lawa \u2192 Tapi Fokus Nak Pergi Beginner guide, checklist, persediaan mental &amp; fizikal &nbsp; \u201cArtikel ini khusus untuk&#8230; <a href=\"https:\/\/caritiram.com\/blog\/panduan-umrah-pertama-kali-umrah-yang-wajib-apa-yang-perlu-disediakan-dari-a-hingga-z\/\">Read more &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":33,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[24,10],"tags":[],"class_list":["post-18","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-panduan-umrah","category-umrah-pertama-kali"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18"}],"version-history":[{"count":16,"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":171,"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18\/revisions\/171"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/caritiram.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}